Tudung DiY Hujung Minggu

Assalammualaikum…
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini. Tentunya tukang-tukang jahit sekarang sangat sibuk untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Bagi Sheila, kemahiran menjahit yang ada ni Sheila gunakan sebaik mungkin untuk menjahit pakaian suami dan anak-anak sahaja.
Sebenarnya dah agak lama juga Sheila tak menjahit… mesin pun dah berhabuk, jadi tukun tiruan. Mengharapkan keajaiban, tukun bertukar menjadi emas, tapi itu hanyalah khayalan semata…. Tapi sejak bertemu rakan-rakan seminat di FB… semangat yang dah suam-suam kuku kembali membara… terima kasih Geng Bas Sekolah Mesin Jahit (GMJ)..
Berbekalkan semangat GMJ, pagi ahad hari tu, sempat le Sheila menggunting kain dari stok yang banyak tu untuk dijadikan tudung buat kegunaan sendiri dan Adini… Sheila jahit 2 bahagian, satu sebagai badan tudung dan satu lagi sebagai anak tudung.
IMG_1792
Bahagian tudung luar sengaja Sheila jahit tanpa awning untuk disuaipadankan dengan anak tudung nanti… mengikut kesesuaian baju yang hendak dipakai. Dapat le empat helai tudung hasil menjahit dari pagi sampai ke tengahari.
 IMG_1788
Yang ni pulak anak tudung yang Sheila cakapkan tadi… yang dark purple tu bahagian awning dia Sheila menggunakan kain kapas selebihnya Sheila gunakan kain jersey. Semua tudung ni Sheila buat dua pasang setiap satu, satu untuk Sheila, satu lagi untuk anak daraku itu…
signature
p/s : Kredit kepada kenalan fb ~ Azza Cr atas sumbangan idea gaya bertudung stail ni… tq tq

Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum sheila...Jahit tepi tu hantar kedai ke pakai mesin jahit tepi..

    ReplyDelete
  2. Sis Azza_ira ;-)

    Sis Aisyah Khadijah - yang tu kelim bulat guna mesin jahit biasa.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..
    nak tanya jahit tepi tudung tu yang ada lekuk...boleh tahu kelim bulat...corak jahitan..jarak jahitan dan saiz jahitan..terima kasih.

    ReplyDelete