Buat anak mama Adini... Selamat menyambut
ulangtahun kelahiran yang ke-12. Semoga menjadi anak soleh, jaga solat,
jaga aurat dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Mama dan papa
sentiasa mendoakan kejayaan kakak.
We love you always...
Adini dilahirkan pada hari Sabtu, tanggal 15 Ogos 1998 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang pada pukul 8.15pm. Wajah Adini saling tak tumpah macam papa... hidung mancung tak macam mama. Masa kecil Adini dijaga Opah sebab mama & papa susah nak bagi orang jaga... Menjaga Adini tak susah, kalau tak sihat, dia akan tidur sepanjang masa... Adini juga merupakan cucu kesayangan arwah atuk, maklum aje, cucu sulung dalam keluarga mama. Mengenangkan kembali kisah lalu... terasa cepat benar anak mama ni besar. Sekarang dan pun 12 tahun... Harapan mama dan papa terhadap Adini sangatlah tinggi... maklum saja, sebagai anak sulung dalam keluarga tanggungjawabnya adalah sangat besar (macam mama dan papa)... semoga Adini berjaya di dunia dan akhirat...
Sempena hari lahir Adini yang ke-12, Sheila hadiahkan towel bersulam sebagai tanda ingatan. Sebab birthday dalam bulan puasa, Sheila masak makanan kegemarannya sambal tumis udang dan masakkan muffin comel...
Kepada bloggers yang menyambut hari lahir hari ini, Sheila ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
0 Comments