Ramadhan beransur pergi... Syawal bakal menampakkan diri....

... persiapan siap dak lagi?...


Salam...

Sekejap sangat Ramadhan kali ini rasanya... diam tak diam, lagi 2 minggu dah nak masuk bulan Syawal... tukang-tukang jahit time ni tentu sibuk nak menyiapkan tempahan, peniaga pakaian, kuih muih pun tak kurang sibuknya.

Tahun ni Sheila tak de buat biskut raya, main odasaja. Kalau nak buat pun mungkin kek lapis atau kek red velvet dengan cream cheese frosting... tentu dapat membangkitkan selera. Kuih odasaja yang Sheila tempah walaupun pada hakikatnya boleh je kalau nak buat sendiri adalah London Almond, Tart Nenas, Kerepek pisang bersira, kerepek ubi pedas dan kerepek ubi jagung. Cukup le rasanya tu. Sheila tak berapa suka biskut-biskut moden yang banyak butter tu... cepat muak rasanya. London Almond dengan tart nenas tu makcik Sheila buat sendiri, kalau beli kat luar tu kekadang intinya sikit sangat.... atau badam yang dalam almond tu separuh hati je, makan pun tak best kan??? So far, makcik Sheila ni masih menjual mengikut standard... rasanya pun sodap.

Tentang nak beraya di mana dulu tu, tahun ni kalau ikutkan giliran, kami akan beraya di Perak, kampung Sheila. Tapi biasanya pada saat-saat akhir perancangan boleh berubah. Dah dekat-dekat nak raya ni, bila check balik banyak lagi persiapan nak kena buat terutamanya baju raya anak-anak. Kalau ikutkan azam, tiap-tiap tahun berazam nak siapkan semua sebelum Ramadhan... tapi dengan kerja office dan kerja rumah, campur lak nak melayan anak-anak memang tak menang tangan. Sheila kena siapkan kalau tak siap beli readymade sepasang baju melayu cik abang dan baju melayu anak teruna, 2 pasang gaun smocking anak kembar lain-lain tahun, 3 pasang baju tidur dengan baju kurung mama diorang - 3 pasang jugak (ish ish ish... 3 pasang ko)... baju kurung untuk anak gadis bertiga tu awal-awal lagi opahnya dah siapkan... Alhamdulillah. Nasib baik mak rajin nak tolong jahitkan... kalau tak, tak tahulah..

Korang lak camana, dah siap ke semua? Hujung minggu ni mesti ramai orang keluar shopping kan, tambah-tambah pulak Jumaat Selangor cuti, sesak le jawabnya SOGO, IOI MALL, SACC MALL dan segala MALL le... yang pasti Sheila tak nak keluar hujung minggu ni, baik dok terperap kat rumah je, sambil kemas-kemas rumah, menjahit atau tidur mencuci. Tak tahan nak kena bersesak-sesak dengan orang ramai tu.... macam-macam bau ada. Kalau ada yang bercadang nak pergi shopping dengan anak-anak kecil tu, nasihat Sheila berhati-hati le... takut dalam dok sibuk kita memilih baju, kita ke mana, anak ke mana... tahu-tahu ada pengumuman anak siapa hilang.... (itu pun kalau ada pengumuman...)

Apa-apa pun Sheila ucapkan selamat membuat persiapan hari raya... 


Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments