semoga rohnya aman di sana [al-fatihah]

Salam,


Hari ni [read : Rabu], Sheila mendapat berita yang amat menyedihkan, Mak Teh telah kembali ke Rahmatullah setelah beberapa bulan berjuang melawan penyakit hati yang dihidapi. Pada 12hb Mei, mak teh dah menjalankan minor operation untuk membuang bahagian hati yang rosak di hospital selayang, dan telah dibenarkan keluar pada keesokan harinya... pada 31 Mei, mak teh sekali lagi dimasukkan ke hospital manjung selepas kesihatannya kembali merosot... doktor mendapati terdapat asid di dalam darah (akibat kegagalan hati untuk berfungsi) dan buah pinggang juga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 

Mak teh adalah isteri kepada pak teh - Ohyanuddin bin Haji Ramly (adik arwah bapak). Meninggalkan 3 orang cahayamata iaitu No, Kikin dan Nana. Walaupun bukan darah daging dengan Sheila, tapi hubungan kami akrab, sangat tak berkira dan antara orang yang ceria semasa hayatnya.

Mak teh semasa hayatnya bekerja sebagai seorang jururawat di hospital sri manjung, perak. Banyak sangat jasa yang telah ditaburkan buat keluarga Sheila, contohnya semasa arwah bapak masih hidup.. semasa mak nak buat operation breast cancer, mak teh yang menguruskan segala-galanya... hinggakan kami tak perlu mengeluarkan sesen pun perbelanjaan untuk pembedahan mak. 

p/s : Buat Pak Teh dan adik-adik (No, Kikin dan Nana), kak yong ucapkan takziah, semoga roh arwah mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Kak yong terkilan dan sedih sangat kerana tak dapat nak bercakap dan berjumpa mak teh buat kali terakhir. Petang tadi (read : selasa) kak yong call tapi masa tu cuma dapat bercakap dengan cik ina... ingatkan sempat untuk jumpa hujung minggu ni, tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.



 
Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments