holiday mood

Salam,


Tenggelam timbul tenggelam timbul entri kat blog ni... harap maaf pengunjung, pembaca, pelawat serta peminat sekiranya kalian ternanti-nanti entry yang da bomb daripada Sheila... sibuk sangat sekarang ni... semua komen, chat nanti Sheila reply minggu depan ye. Anak Sheila yang sulung [Adini] akan menghadapi ujian percubaan UPSR pertama pada 1-3 Jun 2010, minta tolong kawan-kawan sama-sama mendoakan untuk Adini.
Hujung minggu ni akan menjadi hujung minggu yang panjang buat Sheila dan juga family.... kami akan pergi bercuti ke sebelah pantai timur semenanjung. Perjalanan akan bermula pada awal pagi 27 Mei 2010. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali.

Nanti sekembalinya Sheila dari pengembaraan ini, akan Sheila ceritakan lebih lanjut....

Sehingga jumpa lagi... babai...



Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments