Panduan Menjahit Bekas Pensil Dari Kain Denim

Untuk first tutorial, Sheila share cara nak buat pencil box dengan mudah. Sekejap je untuk menyiapkan projek ni. Boleh buat untuk anak-anak atau boleh juga dijadikan hadiah untuk dir sendiri dan kawan-kawan.(Sulaman menggunakan mesin MC350E)
LANGKAH 1 : a) Bahan-bahan yang diperlukan : - Kain denim (10” x 11”) - Zip - Kepala zip b) Tandakan kain kepada 5 bahagian : ½” – 3” – 3” – 3” – ½”

LANGKAH 2 : a) Pisahkan zip kepada 2 bahagian. b) Letakkan zip dengan gigi-gigi zip menghala ke bahagian luar kain. c) Samakan tepi zip dengan bahagian tepi kain.

LANGKAH 3 : a) Setkan mesin kepada corak jahitan zig zag. - Corak : C - Jarak jahitan : 1 - Lebar jahitan : 4 ( tetapan ini adalah untuk mesin jahit Janome 2049. Untuk mesin jahit lain sila semak tetapan pada mesin jahit anda).

LANGKAH 4 : a) Jahit di kiri dan kanan kain tadi. b) Gambarajah di sebelah menunjukkan jahitan yang telah disiapkan.
LANGKAH 5 : a) Tukarkan tapak mesin kepada tapak jahit zip. b) Jahit lurus mengikut tepi zip. c) Lakukan yang sama pada sebelah yang satu lagi. d) Selain daripada jahit lurus, anda juga boleh menjahit menggunakan corak hiasan yang terdapat pada mesin anda. LANGKAH 6 : a) Masukkan kepala zip melalui bahagian hadapan zip. b) Pastikan kedua-dua bahagian gigi zip berada dalam keadaan selari. LANGKAH 7 : a) Keadaan selepas kepala zip dimasukkan. b) Terbalikkan kain supaya bahagian dalam berada di luar. LANGKAH 8 : a) Jahit lurus di sebelah kanan dan kiri artikel, ½” dari tepi. b) Pastikan bahagian berzip beada di tengah-tengah. c) Bahagian tepi dijahit dengan jahitan zig zag supaya fabrik tidak berbulu.

LANGKAH 9 : a) Tandakan penjuru bekas pensel dengan segi empat sama 1” X 1”. b) Lakukan yang sama di bahagian hadapan. LANGKAH 10 : a) Lipatkan penjuru bekas pensel seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah. b) Lipatan adalah mengikut garisan yang telah dibuat tadi. LANGKAH 11 : a) Jahit lurus mengikut garisan yang telah dibuat. b) Lakukan yang sama di keempatempat penjuru. LANGKAH 12 : a) Setelah siap menjahit keempatempat penjuru, alihkan artikel. b) Gambarajah dibawah menunjukkan hasil yang telah siap. c) Anda juga boleh menjahit tangkai pada bekas pensel ini sekiranya suka. Sekian, terima kasih. SELAMAT MENCUBA.


Post a Comment

7 Comments

  1. Salam..
    kak sheila..
    minta izin yg amik tutorial wat kotak pensil ni ye..leh x?
    berkenan sgt ..lama dah cari cara2 nk wtnye..
    almaklumla..tgn kaku..kena ade cara2nya br jd..hehehe

    #zu#
    enan_zulikh@yhaoo.com..

    ReplyDelete
  2. Dipersilakan...

    Harap ianya dapat membantu ^_^

    Happy sewing

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Sheila,

    Terima kasih kerana berkongsi. Akhirnya berjaya jugak saya menghasilkan satu pencil case hasil kerja tangan sendiri. :))

    ReplyDelete
  4. Sama-sama... mudah-mudahan dimanfaatkan...

    ReplyDelete
  5. hi, i've tried out this tutorial. It worked! Thanks a lot for sharing.
    Do check it out:
    http://juzbetty.blogspot.com/2011/06/pencil-box-trial-2.html

    ReplyDelete
  6. adui..kena cuba ni... namapak mudah je..tapi buat..ha2 , berkenak corak bunga tu

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. Really helpful.

    ReplyDelete