DEFINASI
Smocking mengikut Kamus Dewan adalah definasi Inggeris yang memberi maksud sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengedutkan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan).
PENGENALAN
Jahitan smocking ini banyak digunakan pada gaun kanak-kanak dan juga pakaian ibu yang hamil. Sekarang seni jahitan smocking ini telah diperluaskan lagi penggunaannya. Ianya digunakan sebagai hiasan rumah, hiasan pakaian lelaki malah ianya juga digunakan untuk memperindahkan beg dan juga bakul.
"Alah membeli menang memakai", itulah istilah yang sangat sesuai digunakan kerana gaun smocking ini menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi kerana ianya dapat digunakan betahun-tahun lamanya malah dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka yang tahu menghargai seni jahitan ini tidak teragak-agak untuk membeli pakaian ini walaupun harganya agak mahal.
0 Comments