KELAB WARDAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

10hb April 2008 terima jemputan daripada MekNor untuk berniaga sempena pelancaran kad WARDAH - Kelab kakitangan wanita dan isteri kakitangan. First time nak pergi... Janji dengan Siti dan Idah. Pagi-pagi kena ambil Idah di Epal Puchong. Siti akan pergi sendiri terus dari rumahnya di Bangi.Kami tiba di USIM jam 8.30am.
Tujuan untuk mempromosikan mesin jahit Epal kepada ahli kelab. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Pelbagai program diatur dan mungkin juga akan bekerjasama dengan kelab WARDAH untuk mengadakan bengkel-bengkel jahitan dan kraf.
Kebetulan PnAnn juga merupakan salah seorang peniaga di situ. First time juga jumpa PnAnn, wanita yang bersusah payah membangunkan website wanitamelayu.com. Kagum melihat cara PnAnn berusaha untuk membangunkan wanita melayu.. (seperti saya :-)). Semoga pertemuan dengan PnAnn akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju di dalam bidang jahitan dan kraf. Masih banyak lagi yang perlu belajar.
Buat MekNor,
Terima kasih kerana jemputan yang diterima melalui pm di wanitamelayu.com. Semoga MekNor akan bertambah maju dalam bidang yang diceburi. Jangan serik untuk jemput akak datang lagi.
Gambar tak sempat lagi nak upload...

Post a Comment

0 Comments