Kelas Beg Sejadah 2 dalam 1

Kelas Beg Sejadah 2 dalam 1

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & Sewing World Gallery



Hari ini saya mengambil keputusan untuk pergi ke kelas jahitan kreatif. Masa yang ada cuma 2 jam. Waktu anak-anak ke sekolah agama. Projek ini harus dsiapkan dalam masa tersebut.

Sudah agak lama saya tidak ke HQ Epal yang kini terletak di One City, USJ. Ini memaksa saya membuat pusingan dan keluar semula ke jalan utama. Puncanya saya tidak jumpa petak parkir kereta dan tersilap simpang. Perkhidmatan navigasi juga tidak aktif kerana yakin boleh sampai tanpa sesat, maka redah sahajalah.

Saya beli kit jahitan beg sejadah masa awal puasa tempohari. Kursus ini hanya diadakan dalam bulan Ramadhan. Harga kit jahitan RM35 sahaja. Dalam kit tu lengkap segala bahan yang diperlukan. Tugas peserta adalah menyiapkan sahaja beg tu.




Bahan dan peralatan yang diperlukan,

1. Kit beg sejadah - beli di Sewing World Gallery
2. Mesin jahit - disediakan di pusat jahitan
3. Kapur/pen penanda - bawa sendiri
4. Pembaris Quilt - bawa sendiri
5. Gunting - bawa sendiri
6. Tapak 'walking foot' - disediakan

7. Tapa jahit lurus - disediakan


Inilah hasilnya selepas dua jam. Dengan bantuan cikgu Mass, saya dapat menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Walau telah lama menjahit, masih ada ilmu-ilmu baharu yang dipelajari.





Beg sejadah ini dapat memuatkan sehelai kain pelikat atau boleh juga kita masukkan dompet dan buku nota. Apabila dibuka, ia boleh menjadi sejadah, Sangat sesuai ketika dalam perjalanan.


Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments