Maaf sebab lama-lama sekali baru nak update blog ni… Sheila sekarang sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran insan baru ke dunia. Itu yang aktiviti jahitan pun agak kurang… Sheila cuma menjahit untuk kegunaan sendiri sahaja.
Terkini, Sheila menyiapkan hooded baby towel untuk my newborn nanti. Kalau mengikut scan Insyaallah baby boy… sama-samalah kita tunggu dan lihat. Jadi sekarang ni, keperluan untuk baby kebanyakan Sheila pilih warna putih dan biru. Untuk towel serta bedding set Sheila memilih kombinasi hijau dan biru, redup aje mata memandang.
Untuk projek ni, Sheila beli bath towel yang biasa tu dan juga 1/4 meter Robert Kaufman untuk hood dan juga binding.
Material :- 100% cotton towel- Hood & binding - Designer cotton by Robert Kaufman- Applique - cottonSize :Hood : 12"x12"Towel : 36"x36"
Untuk tutorial langkah demi langkah, boleh rujuk link berikut ye, tapi Sheila ada buat beberapa perubahan mengikut kesesuaian…
http://sew4home.com/projects/bath-linens/630-baby-gifts-pretty-bird-hooded-towel-with-matching-washcloth
0 Comments