Artikel | Kerja Dari Rumah - Jahitan sumber pendapatan

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
2010/05/21

Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM) tawarkan peluang pekerjaan dari rumah

SEKETIKA dulu, aktiviti menjahit hanyalah satu hobi yang dilakukan anak gadis bagi mengisi masa lapang mereka dan dalam masa sama hasilnya akan diberi kepada insan terdekat atau sebaliknya dipakai sendiri sebagai pakaian basahan.

Dewasa kini, senario menunjukkan menguasai kemahiran menjahit sudah menjadi satu kerjaya yang semakin mendapat tumpuan ramai hinggakan perkembangan industri fesyen melahirkan ramai penjahit profesional dan kreatif. Namun, untuk menghasilkan jahitan yang kemas memerlukan banyak kesabaran dan mata yang tajam.

Pengerusi Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM), Fully Chye Goet Lee, berkata industri jahitan sememangnya dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan lumayan, lantas KDSM bertindak menjadi landasan buat suri rumah dan ibu tunggal dengan mengadakan program projek Program Home Based Bussiness (PHBB).

“Objektif utama penubuhan KDSM adalah bagi menghasilkan usahawan wanita yang berjaya melalui seni jahitan kreatif sekali gus menjadi landasan terutama buat suri rumah dan ibu tunggal. Oleh itu, PHBB membuka ruang kepada wanita yang sanggup menimba ilmu termasuk pengalaman untuk maju.

“Malah, PHBB juga memberikan penekanan kepada penghasilan produk dari rumah sebelum pemasaran dilakukan melalui KDSM yang pada masa sama menerapkan aspek kajian dan pembangunan produk,” katanya pada Majlis Konvensyen KDSM dan Penyampaian Anugerah PHBB Tokoh Wanita 2009, baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, penganjuran majlis sedemikian sebagai langkah mempromosi dan memperkenalkan kepada masyarakat khususnya, pelbagai aktiviti seperti pameran seni jahitan kreatif program berkenaan.

“Justeru, majlis ini dianggap dapat mengetengahkan pameran seni jahitan kreatif dari luar negara antaranya dari Jepun, Taiwan dan banyak lagi selain hasil seni tempatan yang dihasilkan Pusat Latihan Kraftangan Epal. Peserta yang hadir juga berpeluang untuk bertukar pengalaman antara sendiri.

“Pada masa sama, pakaian yang dihias menggunakan teknologi canggih dan pelbagai produk jenama swarovski berasal dari Austria tidak ketinggalan dipamerkan berserta dengan demonstrasi mesin jahit sulam berkomputer jenama Janome diimport dari Jepun dipertontonkan buat tetamu hadir,” katanya.

Perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada kejayaan peserta yang terbabit dan anugerah disampaikan oleh Tengku Puan Pahang Azizah Aminah Maimunah Iskandar Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj.

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang ‘Home Based Business (HBB)’ 2009 dalam pelbagai kategori, bagi membuktikan wanita dapat melaksanakan tugas dan menerima pendapatan amat lumayan dan Anugerah Khas.

Turut diberikan Anugerah Anak Ahli HBB Cemerlang 2009 sebagai contoh ibu yang bersemangat dan rajin dapat menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Tiga Anugerah Jualan Peralatan Jahitan Paling Tinggi juga diadrkan.

Tetamu yang hadir juga diberikan bunga matahari sebagai lambang yang berkait rapat dengan kehidupan anggotanya kerana sikap mereka sentiasa sedia menghadapi cabaran, namun pada masa sama tidak pernah gentar menghadapi cabaran.

 

Berita Harian Online

Post a Comment

2 Comments

  1. akum puan shila..ada x apa2 keja u saya y saya blh buat hanya dr rumah..maksudnya mjahit u butik ka,@kedai2 borong ka?saya btl2 perlukan kerja skrg..

    ReplyDelete
  2. ada tak kerja kosong untuk saya?saya boleh buat cendeerahati,gubahan hantaran dll.saya amat perlukan kerja untuk tolong suami tambah pendapatan.boleh hubungi saya di no,0194231040(chik).

    ReplyDelete