Sheila ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog nice2craft ni... baru sekarang punya peluang untuk memberi ucapan selamat hari raya, maklum sahaja terlalu sibuk dengan segala persiapan menyambut lebaran.
Tahun ni tema oren... baju kurung dan tudung adalah handmade with love oleh Sheila sendiri manakala baju melayu suami dan anak bujang tu Sheila beli readymade... hehehe...tak sempat nak menjahit kaedahnya....
Tengok le muka dua orang anak perempuan tu... muka masam sebab tak nak bergambar... sibuk nak main. Tahun ni Sheila beraya di Perak... Alhamdulillah perjalanan balik ke kampung lancar sahaja pada 9hb tu. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 2.30pm dan sampai ke Ipoh pukul 5.30pm. Masa balik ke Puchong pada 13hb pun lebuhraya lancar je... tak banyak kereta. Alhamdulillah.
Hingga jumpa lagi... ceria-ceria selalu...
4 Comments
selamat hari raya kak sheila!
ReplyDeleteselamat hari raya juga.... buat dura dan keluarga
ReplyDeleteselamat hari raya sheila....wah...balik ipoh ye....kt ner?...sy balik sg siput...tk jauh tu....:)
ReplyDeleteAkak di siputeh, jalan menghala ke sri iskandar tu... kalau tahu boleh jumpa di ipoh kan... tak dak rezeki. Nanti jumpa di sini ye...
ReplyDelete