Sheila sepanjang 4 tahun penglibatan dengan Pusat Epal ni, Sheila hanya pergi ke kelas di Puchong... maklum le, jaraknya hanya 20 minit dari rumah Sheila.
Pihak Epal menyediakan kemudahan kelas yang sangat selesa untuk semua ahlinya…. samada indoor mahupun outdoor.
INDOOR
Pusat Epal menawarkan kelas berhawa dingin dan selesa.
Pusat Epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah cawangan di Indonesia
Masa urusniaga :
Isnin – Sabtu : 10.00am – 07.00pm
Ahad : 10.00am – 06.00pm
OUTDOOR
Pusat Epal juga mengadakan kelas jahitan di luar Pusat Epal. Pihak penganjur yang berminat boleh menjemput pihak Epal untuk mengadakan kelas jahitan jangka pendek di tempat mereka dengan syarat-syarat tertentu.
SYARAT-SYARAT KURSUS DIANJURKAN DI LUAR PUSAT EPAL
- Lokasi kursus
- Berdasarkan lokasi yang dipilh oleh pihak penganjur - Tanggungjawab Pihak Epal
- Menyediakan tenaga pengajar seramai 4 orang ke atas
- Menyediakan segala peralatan yang lengkap untuk menyempurnakan
kursus seperti mesin jahit, gunting, pembaris, rotary cutter set dan
sebagainya. Setiap peserta akan disediakan satu unit mesin jahit
untuk belajar kursus supaya tidak menghadapi masalah bergilir-gilir.
- Menyediakan bahan-bahan jahitan kursus seperti kain, benang,
stabilizer dan sebagainya untuk peserta menyempurnakan kursus. - Tanggungjawab pihak penganjur
- Menyediakan tempat kursus, meja dan kerusi untuk menjalankan
kursus.
2 Comments
salam kak..berapa eh yuran utk kelas menjahit langsir?
ReplyDeleteYuran?
ReplyDelete