Dah lama tak buat tutorial rasanya... baru ada satu je.. tak bertambah langsung kan... Untuk memenuhkan quota tutorial, kali ni Sheila nak kongsi tutorial tentang teknik 'paper foundation'... iaitu salah satu teknik popular dalam seni jahitan patchwork. Adakalanya teknik ini dipanggil 'paper piecing'. Dengan teknik ini, kain perca akan dijahit mengikut turutan nombor yang terdapat di atas foundation corak asas sementara/tetap seperti kertas, kertas gam atau kertas tear off.
Di sini Sheila menggunakan corak bunga tulip sebagai contoh... untuk contoh-contoh lain boleh le menggunakan khidmat En Google untuk mencari pattern-pattern yang berkenan di hati seperti yang ini...
Kain-kain yang akan digunakan
Foundation yang telah siap dilukis beserta dengan nombor-nombor bagi setiap kotak
Langkah 1 :
Di petak bernombor '1' letakkan kain yang sepatutnya dengan bahagian luar menghala ke atas
Langkah 2 :
Tindihkan kain untuk petak bernombor '2' di atas kain yang pertama tadi
Langkah 3 :
Pandangan dari bahagian belakang foundation... sematkan dengan peniti kedua-dua kain tadi. Pastikan basi jahitan dari tepi garisan adalah 1/4".
Langkah 4 :
Dengan menggunakan jarak jahitan 2, tindihkan kedua-dua kain tadi mengikut garisan yang telah dilukis
Langkah 5 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan 1/4" sahaja.
Langkah 6 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.
Langkah 7 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '3'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1' & '2' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya adalah
menyambungkan kain untuk bahagian ke '4'. Tindihkan kain tersebut di
atas bahagian '1', '2' & '3' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah
belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
Langkah 9 :
Bahagian atas foundation, gosok
bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.
Langkah 10 :
Langkah
seterusnya adalah
menyambungkan kain untuk bahagian ke '5'. Tindihkan kain tersebut di
atas bahagian '1', '2', '3' & '4' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah
belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
Langkah 11 :
Langkah
seterusnya adalah
menyambungkan kain untuk bahagian ke '6'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian-bahagian yang telah dicantum. Jahit dari sebelah
belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
Langkah 12 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain,
tinggalkan basi jahitan 1/4" sahaja.
2 Comments
cantiknya.. n very creative. saya teringin nk baut patchwork camni tp kurang sabar hahaha
ReplyDeletemany thanks on the tutorial..
bagus tutorial ni..
ReplyDelete