Salam,
Hari ni dah 20hb Julai. Terlalu pantas masa berlalu. Semakin
kita kejar, semakin jauh masa meninggalkan kita, dan semakin hampir pula kita
kembali kepadaNya. Persoalan yang sering berlegar-legar di kepala, apakah cukup
bekalan yang akan dibawa nanti?
Tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan
Ramadhan. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin
Sheila menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat pengunjung blog,
jiran-tetangga, sahabat handai, ipar duai dan semua yang membaca catatan Sheila
ini, andai di sepanjang perkenalan kita dan penglibatan Sheila di dalam dunia
blogging ni Sheila ada melakukan kesilapan seperti :
tulisan-tulisan @ kata-kata Sheila yang dah mengguris perasaan seseorang, mungkin ada yang dah terasa,
ada janji-janji yang lambat ditunaikan @ masih belum dilunaskan lagi (sila hubungi Sheila melalui sms atau email ye),
ada posting-posting yang kontroversi...
ada kekurangan posting di sana sini
gurau senda yang terlampau,
mungkin Sheila ada pinjam duit ke apa-apa ke (silalah juga menghubungi Sheila melalui sms atau email ye)
...jadi Sheila minta maaf atas semua itu. Kalau ada
kesalahan-kesalahan lain yang Sheila tidak nyatakan tetapi telah dilakukan samada secara nyata atau tersembunyi, tanpa Sheila sedari,
maka mohon diampunkan juga. Sesungguhnya Sheila ni hanyalah manusia biasa yang serba
serbi kekurangan.
Berbalik kepada cerita tentang bulan yang mulia, yang penuh
Berkat dan Rahmat... Ramadhan, malam-malam Ramadhan akan dihidupkan
dengan solat sunat Terawih, tadarrus Al-Quran, Qiamullail, moreh dan
berbagai-bagai aktiviti lagi... Bila bercakap tentang Tadarrus Al-Quran,
membuatkan Sheila terkenang kembali pesanan atau boleh dikatakan teguran seorang
senior di tempat kerja lama (kira-kira 14 tahun yang lalu), Abang Asri namanya.
Tatkala Sheila sibuk membaca novel-novel cinta dan juga majalah-majalah hiburan,
maklum sahaja ketika itu Sheila baru sahaja memulakan alam pekerjaan, darah
mudalah katakan. Abang Asri menegur Sheila dengan sopan, katanya
:
"Sheila, daripada membaca buku-buku yang berbentuk hiburan, kan
lebih baik membaca Al-Quran?".
Adeh... dalam lembut tutur katanya, tapi amat panas dan pedih
telinga dibuatnya.... berdesing.... dan berkepul-kepul asap keluar, {tapi
nasib baik tiada siapa yang perasan masa tu...}
Sejak dari teguran pertama itu, setiap kali Sheila membelek
buku @ majalah dan lain-lain bahan cetak yang agak-agak tidak mendatangkan
faedah, maka setiap kali itu jugalah kata-kata Abang Asri ni terngiang-ngiang di
telinga. Kekadang rasa bersalah setiap kali Sheila membelek-belek majalah
kegemaran. Kalau novel boleh di baca berhelai-helai muka surat sekali hadap,
Al-Quran dibaca hanya beberapa kerat ayat sahaja dalam seminggu malahan ada
kalanya mengambil masa berbulan-bulan. Berapa kali dah khatam Al-Quran, dan
berapa kali dah khatam novel-novel kegemaran? Sheila berdoa mudah-mudahan
Sheila diberikan masa olehNya untuk menjadi yang lebih baik sebelum ajal tiba...
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menerima
teguran. Marah, meradang, naik angin, buat tak tahu dan macam-macam lagi, tapi
teguran yang satu ini adalah salah satu teguran yang amat terkesan di hati.
InsyaAllah akan diingat sampai mati. Terima kasih Sheila ucapkan pada Abang Asri
atas teguran yang diberi.
0 Comments