Seni Patchwork : Sarung Kusyen Tulip (17 Jun 2010)

Sekali lagi Nice Craft Marketing menyempurnakan satu amanah iaitu berkongsi ilmu dengan wanita-wanita terpilih untuk mempelajari seni patchwork - sarung kusyen tulip yang bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peserta yang hadir adalah seramai 25 orang, Alhamdulillah.

Di dalam bengkel ini setiap peserta diberikan bahan dan juga nota jahitan. Setiap peserta diperkenalkan dengan peralatan-peralatan asas yang digunakan untuk jahitan patchwork seperti roller cutter, cutting mat dan juga patchwork ruler. Teknik patchwork yang digunakan adalah paper piecing. Peserta diajar cara mencantum dan juga cara quilting.



Dan pada hari tersebut, Sheila dibantu oleh NinoZ dari cangkirbiru.blogspot.com. Terima kasih diucapkan.

Sehingga jumpa lagi di lain entri... selamat berhujung minggu dan ceria-ceria selalu.



Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments