WIP = Work In Progress?

atau "Work in Peace"?  >_<


Cerita minggu ni,

...dah lega sikit selepas bertungkus-lumus minggu lepas menyiapkan projek paper ku itu... fuhh... Tapi, projek paper tu bukan le penutup, masih berbaki lagi satu misi penting, projek presentation... nak kena buat slides. Ada kurang lebih sebulan untuk prepare...

Ok, lupakan tentang project paper tu. Nak cerita pulak tentang WIP = Work In Peace... sebab peace? Buat kerja masa semua anak-anak dah tidur.. Tenang je. Jadinya, ini le yang Sheila kerjakan. Baby quilt untuk Marsya Damia.

 Dah siap quilt dan tinggal nak binding je lagi... Bahagian awan Sheila sulamkan nama pemilik quilt ni.... Marsya Damia. Auntie Sheila doakan semoga menjadi anak solehah kebanggaan mama dan papa..

Nak bagi tengok sikit-sikit je sebab hari Isnin baru nak pos pada tuannya yang jauhhhhh di sana. Sheila harapkan mama Marsya suka dengan baby quilt ni. Saiz baby quilt ni lebih kurang 35" x 46".  Sheila menggunakan block panel yang di beli di Sakura tempohari. Nanti bila pemiliknya dah dapat baru nak reveal keseluruhan gambar quilt ni ye...

Selamat berhujung minggu.. salam hormat dan ceria selalu.

Luv,


Bookmark and Share

Post a Comment

0 Comments