Tak pernah terfikir untuk mendapatkan mesin Janome MC6500 Professional ni sebelum ni, maklum le Sheila ni menjahit hanya sebagai hobi sahaja, nak buat apa mesin banyak-banyakkan?? Mesin yang ada pun tak cukup tangan nak guna.
Tetapi tawaran yang datang pada hari Khamis lepas sangat sukar untuk ditolak, bukan sahaja oleh Sheila tetapi Sheila yakin, kalau orang lain pun pastinya tidak akan dapat menolak... tak percaya tanya Jurra, kan Jurra kan??? Sheila dapat mesin ni daripada seorang VIP Epal yang pada asalnya meminta Sheila mencari buyer untuk mesin beliau ni.. Menurut kata beliau, mesin ni dah berumur setahun lebih tapi sangat jarang-jarang digunakan kerana perniagaan beliau lebih bertumpu kepada sulaman mesin, sulaman manik dan macam-macam lagi... wahh... teruja Sheila mendengarnya.
Kemudian apabila bercakap tentang harga yang ditawarkan... aduss... sungguh Sheila tak dapat nak tolak... call Jurra, dia pun sangat teruja.. wahhhh.... uuuhhhhhh.... aaahhhhhhh.... OK!. Kami perlu masa bertenang. Walaupun tidak ada dalam resolusi 2010 ni, tapi takkan nak tolak, peluang hanya datang sekali... maka akhirnya, setelah mendapat persetujuan antara 3 pihak, seller + Sheila + Jurra, akhirnya satu kata putus tercapai...
Mesin ni berada dalam pelukan Sheila pada petang hari Jumaat (08 Januari 2010) yang BERKAT, datang all the way dari JB dan dihantar sendiri oleh pemilik asal.... terima kasih Bro yang telah bersusah payah menghantar hingga ke office Sheila.. Selepas diuji (oleh Sheila sendiri) ternyata mesin Janome MC6500 ni tersangatlah BESTnya.. sebelum ni Sheila menggunakan mesin Janome juga model Harmony 2049, tapi bila dah test drive mesin Janome MC6500 ni, ternyata jauh berbeza. Bagi serius quilters yang sedang mencari -cari mesin jahit untuk quilting project tu, boleh le cuba yang ni ye... memang berbaloi-baloi...
Ok... hingga jumpa lagi... Have a nice day
3 Comments
wahhh... shiela, bestnyer dpt new toy. congrats.. this one similar model like tiny snazzy & such ker?
ReplyDeletemesin ni boleh jahit tebal tak? MAX berapa keping kain?
ReplyDeleteHi I just moved to Malaysia and sewing is my passion i am looking to buy a Janome sewing machine and was wondering where you got yours from?
ReplyDeleteYour help will truly be appreciated
Thanks
Mayya @ Sew Chic and Unique