YANG MANA SATU...???? Part 1 <--- Klik di sini
Step 1 :
Image : www.sewingmachines.com.au
Lakukan survey tentang mesin-mesin jahit ni... Mesin-mesin jahit ni didatangkan dengan pelbagai features seperti -
a) Bilangan corak jahitan
b) Bilangan jarum yang boleh digunakan
c) Threader
d) Button holer
e) Tapak-tapak tambahan
Step 2 :
Tentukan jenis-jenis fabrik yang kita banyak gunakan semasa menjahit. Jenis kain Denim dan Jeans perlukan mesin jahit yang lebih stabil jika dibandingkan dengan cotton, sutera dan jersey yang boleh menggunakan mesin yang lebih ringan dan murah.
image : www.queenbeecrafts.com
Step 3 :
Jika kita perlu menyimpan mesin jahit selepas setiap kali penggunaan, kita perlukan sebuah mesin jahit yang mudah, ringan dan kurang accessories...
Step 4 :
Tentukan bajet dan mesin yang sesuai dengan bajet kita... Jika sekiranya kita inginkan model yang lebih baik atau dengan features tambahan dengan bajet yang sedikit, boleh juga mempertimbangkan untuk membeli mesin jahit terpakai sahaja....
Step 5 :
Test drive (bukan kereta je ada test drive... mesin pun ada juga tau) mesin jahit yang kita pilih. Pastikan pedal pemijak tu selesa dan pengendalian yang mudah.
Step 6 :Tips : Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih berkaitan dengan penggunaan fungdi mesin jahit yang dipilih, anda dinasihatkan supaya mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan.
Baca manual masin jahit yang dibeli sebelum mula menjahit... berkenalan dengan mesin jahit baru...
0 Comments