PROGRAM "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"






 Gambar-gambar sekitar majlis Program "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"... Berikut Sheila sertakan aturcara majlis sepanjang acara berlangsung


ATURCARA MAJLIS : -


09.00am   Ketibaan para hadirin dan peserta Train & Place


10.00am   Ketibaan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke tapak pameran untuk menyempurnakan Hiasan Dinding yang akan dicatatkan di dalam "Malaysia Book of Record"


10.20am   Keberangkatan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke dewan majlis.

10.30am   Majlis bermula dengan nyanyian lagu "Satu Bangsa Kasihi Semua"

10.45am   Persembahan ucapan alu-aluan oleh Madam Fully Chye Goet Lee, Pengerusi Mostwell Sdn Bhd dan Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.00am   Titah ucapan oleh Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ.,selaku penaung Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.20am   Penyampaian sijil kepada 360 orang peserta Progam Pembangunan Usahawan Wanita

11.30am   Penyampaian hadiah pertandingan sewaktu Program Train & Place dijalankan selama 3 bulan
                 i.   Pelatih terbaik (3 orang)
                 ii.  Kumpulan Bantu Diri Terbaik (3 kumpulan)
                 iii. Trainer Terbaik (1 orang)

11.45am   :-

a) Penyampaian mock cek TEKUN Nasional sebagai tawaran kemudahan pembiayaan kepada 200 peserta program Pembangunan Usahawan Wanita dengan usahasama TEKUN Nasional - Koperasi Dagang Seni Malaysia - Mostwell Sdn Bhd dengan nilai RM2 Juta.


b) Penyampaian Anugerah Khas Syarikat Strategik TEKUN Nasional kepada Syarikat Mostwell Sdn Bhd


c) Penyerahan permit Tapak Semai Usahawan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad


d) Penukaran MOU bersama Mingguan Wanita dalam usahasama Program Jelajah kota dan desa - Program Jelajah Kota dan Desa bersama Mingguan Wanita dan Mostwell Sdn Bhd memberi satu platform kepada Mostwell Sdn Bhd memperkenalkan seni jahitan kreatif kepada rakyat Malaysia di seluruh pelosok negeri


e) Majlis Perbandaran Subang Jaya akan memberikan sokongan dengan menawarkan tapak-tapak perniagaan untuk para usahawan KDSM menjalankan jualan hasil kerjanya di sekitar kawasan MPSJ


f) Penukaran MOU bersama Modern Mum dalam memasarkan produk "Beg mama" dan Kelengkapan Bayi.

12.00pm Upacara Pemecahan "Malaysia Book Of Record", hiasan dinding yang terbesar di Malaysia yang dihasilkan oleh seramai 360 orang peserta sari seluruh Malaysia yang bertema "One Malaysia, Skill = Assurance, Unite = Strength"

01.00pm Sidang akhbar / Jamuan makan tengahari.

Berbagai-bagai aktiviti dan perancangan yang telah diatur untuk usahawan wanita bagi menjana pendapatan. Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang ini untuk mengembangkan lagi bakat dalam seni jahitan sekaligus dapat menjana pendapatan walaupun dari rumah....

Di kesempatan ini juga Sheila nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung blog Sheila yang seadanya ini... maaf zahir dan batin...

Hingga jumpa lagi, salam hormat daripada Sheila...




Bookmark and Share
Posted by Picasa

Post a Comment

0 Comments