IT'S MY ANNIVERSARY

Tanggal 16-11-1997, iaitu 12 tahun yang lalu, Sheila selamat bergelar isteri kepada Mohd Jailani bin Abdul Jalil... Jadi tahun ni merupakan tahun yang ke-12... Tiada sambutan yang luar biasa, cuma pada hari Ahad lepas kami keluar berdua untuk meraikannya... mula-mula tu pergi tengok wayang di Alamanda, Putrajaya... Cerita "The Box" lakonan Cameron Diaz... Lepas tu kami ke Cyberview Logde untuk dinner di Italian Restorant... La Cascata namanya.... Makanan best... ala Itali.. suasana pun best.



Dah tu memang pada kebiasaannya pada anniversary kami ni, akan ada 2 kali sambutan, pertama hanya berdua dan yang ke-2 dengan anak-anak. Acara dengan anak-anak tahun ni cuma makan kek coklat moist+ strawberry dan yang anak-anak suka belon helium tu... (mama punya kerja le ni)... orang lain tak ajak pun... lebih kepada acara tertutup... Nak cerita tentang belon-belon tu... 4 biji belon yang kecil tu mewakili 4 orang anak-anak Sheila... 3 perempuan 1 lelaki... Adini (11 tahun), Al-Amin (9 tahun), Adibah (3 tahun) & Amni Damia (2 tahun)...


Ok... setakat sini je dulu... nak siap-siap hantar anak-anak ke sekolah dan pergi kerja... Hingga jumpa lagi, salam sayang untuk semua....



Bookmark and Share

Post a Comment

3 Comments

  1. heppi anniversary sheila
    :D
    semoga sebarang dugaan mendatang mampu ditentang dengan matang..
    semoga hari-hari yang bakal silih berganti dilimpahi berkat dan bahagia

    ReplyDelete
  2. hepi anniversary kak sheila.:)

    ReplyDelete
  3. baru buka ur blog... happy aniversary. semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga

    ReplyDelete