Saja je nak cerita tentang hari Jumaat yang Sheila lalui...
Fuh... hari ni Sheila cuti untuk menyelesaikan banyak perkara.... seawal pukul 7.00am keluar rumah di Puchong, hantar anak-anak ke sekolah di USJ, pergi Shah Alam untuk ambil kunci rumah dari penyewa lama, pas tu ke Imigresen di kompleks PKNS, Shah Alam... ke USJ balik, sambil tunggu cik suami solat Jumaat...
Dari USJ kami ke SS2 dan kemudiannya ke Ukay Perdana. Dah tu ambil anak dari nursery di USJ, kemudian balik rumah Puchong... sampai rumah pukul 6.30pm. Ahhh... leganya.. hampir 12 jam on the road... terasa cam superwoman lak...
***********
Alhamdulillah, hari ni Sheila selamat menghantar 24 unit smocking pleaters. Smocking pleaters ni untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah teknik/vocasional. Harap mereka berpuas hati dengan servis yang Sheila berikan.... me personally hantar mesin-mesin ni dengan bantuan cik suami .. thanks to DH.
Bosnya Pn. Rosma, sangat peramah... nice meeting her. Harap kita akan dapat berurusan lagi di lain kali.
(Lupa nak ambil gambar... sayangnyaaa...)
p/s : Sheila buka group #2 untuk kutu Smocking Pleaters... Kepada sesiapa yang nak join tu sila emailkan detail kepada Sheila di nicecraftmarketing@gmail.com
0 Comments