Semalam Sheila dan beberapa orang VIP Epal yang lain dipelawa untuk bersarapan pagi bersama Madam Fully Chye (pengasas Pusat Latihan Epal) serta staf Pusat Latihan Kraftangan Epal Puchong di Summit Hotel. Ianya adalah bersempena dengan ulangtahun penubuhan Mostwell Group Sdn. Bhd. ke 20 tahun. Lama dah rupanya Mostwell ni, patut pun layak jadi sole distributer untuk mesin jahit jenama Janome ni. Respect betul le...
Lepas sarapan kami ke Epal untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Madam sendiri. Sebenarnya sekarang ni Mostwell telah mengwujudkan sebuah koperasi yang diberi nama koperasi Dagang Seni (KDSM) dan sebagai ahli VIP Epal, kita layak untuk menyertai koperasi ni dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 sahaja.
Dan yang terbaru, Mostwell ada menghantar proposal kepada Jabatan Pembangunan Wanita dan proposal tersebut diterima. Sedikit sebanyak tentang proposal itu adalah untuk mengiktiraf hasil kraftangan yang dihasilkan oleh kaum wanita terutamanya yang bekerja dari rumah.... Syukur... lepas ni ada yang akan mengiktiraf hasil kerja kreatif kita yang minat dalam seni jahitan ini.
Nanti akan Sheila ceritakan lebih lanjut tentang KDSM serta HBB program yang Epal sediakan... untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan dari rumah...
Enjoy ur weekend and Stay tune for more story... ^_^
0 Comments