Sumber artikel : Majalah bulanan epal Okt. 2009
Terdapat beberapa aspek yang perlu dikorbankan sebelum seseorang dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti...
Pertama : Keselesaan diri
Seseorang hendaklah memulakan perniagaan berasaskan kemampuan dan tahap diri sendiri. Jika keadaan modal tidak mengizinkan, janganlah menuntut keselesaan dengan membeli kereta baru, penghawa dingin dan perhiasan yang keterlaluan. Biarlah kita maju selangkah demi selangkah. Apabila keadaan kewangan mengizinkan, barulah kita meningkatkan kualiti pejabat mahupun kelengkapan perniagaan. Setiap ringgit yang telah anda jimatkan akan dapat dijadikan modal pembangunan syarikat. Korbankan imej diri dan lengkapkan keperluan perniagaan yang lain.
Kedua : Masa bersama keluarga
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dielakkan demi untuk meluangkan masa yang secukupnya untuk pembangunan diri. Contohnya, masa bersembang dengan rakan, msa bersembang dengan keluarga, masa untuk makan angin dan hobi. Biarpun kesemuanya penting dalam hidup anda, namun ia perlu dikurangkan atau diketepikan sama sekali untuk memberi penumpuan yang secukupnya kepada perniagaan anda.
Ketiga : Kewangan dan harta
Anda mungkin perlu melabur wang untuk mencari ilmu, mendapatkan nasihat dan bantuan professional dalam berbagai aspek kejayaan. Anda juga perlu membelanja pihak yang bekerjasama dengan anda. Jangan harapkan semuanya percuma. Berbagai alatan dan perniagaan perlu diatur untuk membolehkan anda memulakan kerjaya sendiri. Setiap aspek yang anda curahkan adalah pengorbanan. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jelas untuk menggambarkan semangat keusahawanan sejati yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan.
0 Comments