Kadang-kadang semasa semangat untuk menjahit membuak-buak tetiba mesin jahit kita buat perangai.... mesti rasa cuak kan? Di sini Sheila kongsi tips cara-cara untuk servis mesin jahit Epal (Janome) model 2049 (Untuk mesin jahit jenama lain, sila hubungi pusat servis masing-masing ye).
(Gambar dan nota adalah ihsan laman web Epal - www.epal.com.my)
Masalah 1 : Benang bawah berserabut/bergumpal atau berbiji di bahagian bawah dan benang putus-putus.
Langkah-langkah yang perlu diambil :
1. Semak cara pasang benang atas.
(Gambar dan nota adalah ihsan laman web Epal - www.epal.com.my)
Masalah 1 : Benang bawah berserabut/bergumpal atau berbiji di bahagian bawah dan benang putus-putus.
Langkah-langkah yang perlu diambil :
1. Semak cara pasang benang atas.
(Nota : pastikan benang atas dan benang bawah yang digunakan sama saiz)
Masalah 2 : Masalah jahitan benang atas atau benang bobbin longgar
Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Sila naikkan ketegangan benang kepada nombor yang lebih tinggi.
Masalah 2 : Masalah jahitan benang atas atau benang bobbin longgar
Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Sila naikkan ketegangan benang kepada nombor yang lebih tinggi.
(Nota : Jika jahitan mesin anda berbiji-biji, anda hanya perlu selaraskan ketegangan benang atas dan benang bawah)
Masalah 3 : Masalah jahitan berserabut/bergumpal di bawah walaupun tension benang sampai no. 9
Langkah-langkah yang perlu diambil :
1.Sila semak bahagian tension mungkin terdapat benang di bahagian ini.
(Nota : Selepas siap dibersihkan, sila pasang balik tension benang dengan mengikut langkah buka tadi bermula dengan langkah dari belakang)
Masalah 4 : Mentol terbakar
Cara mengganti mentol yang terbakar :
1. Buka penutup bahagian lampu.
Masalah 4 : Mentol terbakar
Cara mengganti mentol yang terbakar :
1. Buka penutup bahagian lampu.
Masalah 5 : Mesin mengeluarkan bunyi tidak normal di bahagian cangkuk bobbin
Langkah-langkah penyelesaian :
(Peringatan : sila matikan suis ketika membersihkan bahagian ini)
1. Buka pin.
2. Tarik keluar cangkuk gelung (A) dan cangkuk tajam (B)
3. Bersihkan bahagian cangkuk.
4. Letak minyak.
Pasang balik cangkuk tajam dan gelung ikut langkah cara buka tadi bermula dari belakang.
Nota : Selepas anda pasang cangkuk A dan B, sila kunci balik kedua-dua belah pin, dan untuk mengelak hasil jahitan terkena minyak sila gunakan kain biasa sebagai percubaan
Masalah 6 : Mesin tidak berfungsi
Sekiranya anda dapati tiba-tiba mesin anda tidak berfungsi, sila selesaikan dengan cara ini.
Langkah yang perlu dibuat :
Sila ganti fius pada plug mesin jahit.
NOTA : 1. JIKA MASALAH MASIH BERLARUTAN, SILA HUBUNGI PUSAT SERVIS YANG BERHAMPIRAN ANDA.
2. Untuk memastikan mesin jahit anda dalam keadaan baik, sila buat servis setiap 4 bulan sekali.
Selamat menjahit dan jumpa lagi.
28 Comments
bagusnya tutorial ni!thumbs up!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya nak tanya kalau benang masa nak mula jahit ashik terkeluar dari jarum macamana nak buat?apa masalah nya?
Alhamdulillah..seronok jumpa blog ni..saya ada mesin jahit janome mcm ni tp x reti nak servis..tq byk2 hanya Allah yg mmbalasnya..
DeleteThank youuuuuu😂😠saya budak belajar je. Baru beli mesin tapi tak berapa mahir nak guna buku panduan pun dah hilang. Terima kasih ye
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletemacamaana nak atasi masalah mesin jahit mengundur ke belakang semasa menjahit.. asyik reverse aje.. xleh nk forward. sy guna mesin jahit singer heavy duty 4423.. arap sgt blh bantu sy.. tq
Salam.. Cuba ketatkan skru yang ada spring sebelah kanan mesin.. Skru tu mungkin dah longgar.. Tapi kena pandai adjust semasa nak ketatkan semula. sebab spring tu ibarat gear untuk forward or reverse..
DeleteTerima kasih, mesin jahit kak pun masalah yg sama, sekarang dah elok. Terima kasih banyak2
DeleteKena adjust mcm mana ya..? Spring tu kena betul2 rapat ke ?
DeleteAssalamulaikum. .nk bertanya saya x boleh nak pasang kan jarum...selepas ketat kan pemegang jarum, jarum still jatuh..macam x bersangkut langsung..adakah pemegang jarum itu sudah rosak?
ReplyDeleteSalam.. Nk ty, klu ms njahit kain x bgerak, nk betulkan cmne ye? Mcm gigi tu ke bwh sgt..name2 part pon xth ni, hentam jek mjahit..
ReplyDeleteAssalam sis..
ReplyDeleteNak tny, kenapa benang bawah x naik ye?
Dah adjust kedudukan jarum, dah tukar jarum pun still xboleh jugak...������
Tq for info... Nk try servis sdiri mesin janome jj1004G yg dh oldskool ni.
ReplyDeletetq
ReplyDeleteJahitan jadi mengundur..cmane nk wat ea??
ReplyDeletesalam, saya nak tanya kenapa masa menjahit kain tak bergerak
ReplyDeleteBoleh x klu nk servis mesin matsuyuki dkt kdai mesin jahit biasa?
ReplyDeleteLinda lin
ReplyDeleteBy right boleh je, tapi kalau dekat dengan pusat epal lebih baik bawa ke pusat epal sebab mereka lebih kenal mesin tu. sekadar pandangan.
Syazwana, tak gerak tu sebab kain terlekat atau gigi mesin tu turun ke bawah? Whatsapp akak ye yunk @ 0123013341.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSaya ambil ilmu haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya
Mesin jahitjem tidak boleh nak guna sebelum tu lampu terbakar...
ReplyDeleteMesin jahit sy xboleh bergerak..dah lama tak pakai..jenama matsuyuki..pernah belajar sekali je pegi kelas jahit..Lepas tu mmg lama tak pakai dah lupe..sesiape tahu kenapa bila NAK jahit main tu tak boleh bergerak macam biasa?? gigi mesin tu tgk ada gerak sikit, tp xfunction mcm biasa?
ReplyDeleteKenapa mesin akak mengundur
ReplyDeleteMesin sy xleh mengundur, lepas tu duk tekan2 last2 terus bunyi ketappppp then terus mengundur x sudah.. xleh forward sedih sgt huhu..
DeleteCuba hantar servis. Jika lama tak guna atau kerap guna elok servis dahulu. Jadual servis biasanya setiap 4 bulan sekali.
Deletemesin saya pun jadi begini.....any solution?
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletemacamaana nak atasi masalah mesin jahit mengundur ke belakang semasa menjahit.. asyik reverse aje.. xleh nk forward. sy guna mesin jahit epal janome 2049.....baru pakai 5 dan 6 kali sahaja....
Boleh rujuk semula kepada cawangan epal dan minta mereka periksa mesin Puan.
Deletemesin saya epal janome 2049 asyik mengundur shj....any solution?
ReplyDelete