BOOTH 111, HALL 3, PWTC (DAY 1)

Hari ni first day exhibition. Letihnya badan... rasa macam nak tercabut kaki... Tak dapat nak duduk sangat dek kerana melayan pengunjung yang datang. Bagi 1st timer like me, kehadiran pengunjung yang ramai tu sungguh mengujakan... Tapi kekadang tu kelu juga lidah untuk menuturkan bicara... Tak tahu nak cakap apa... Apa-apa pun hari pertama merupakan pengalaman yang amat berharga bagi saya. Booth 111, no bertuah ni menjadi gerai sementara Nice Crafts & Quilts di PWTC. Walaupun untuk 3 hari sahaja :-D. Sheila berkongsi tempat dengan Kak Umi dari Umi's Embroidered Gift. Sheila tentunya mempromosi mesin jahit Janome, manakala Kak Umi dengan produk sulam ribennya.... Untuk melihat dengan lebih dekat produk kak Umi dan juga mesin jahit Janome, jom le ke booth kami. Masih ada masa lagi sehingga Ahad ini.
Sempena Pameran Gerak Usahawan ni ada macam-macam aktiviti yang dijalankan. Kalau nak buat pinjaman pun, ada disediakan klinik usahawan, untuk peluang memasarkan produk keluar negara pun ada disediakan business matching, ada seminar usahawan dan macam-macam lagi.

Post a Comment

0 Comments